GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
BERNAMA

Los Angeles: Subvarian Omicron XBB.1.5 kini menyumbang kira-kira tiga perempat daripada semua kes Covid-19 yang dilaporkan di Amerika Syarikat (AS) pada minggu ini, menurut anggaran yang dikeluarkan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) AS pada Jumaat.

XBB.1.5 dianggarkan menyumbang 74.7 peratus daripada kes Covid-19 AS meningkat daripada 65.9 peratus minggu sebelumnya, manakala BQ.1.1 kekal sebagai varian kedua paling lazim sebanyak 15.3 peratus, lapor Xinhua.

CDC mula mengesan XBB.1.5 secara berasingan daripada strain induknya XBB sejak 12 November tahun lepas, ketika itu ia hanya menyumbang 0.1 peratus daripada kes keseluruhan. Selepas itu, XBB.1.5 telah merebak dengan cepat di AS.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Februari 2023 @ 3:59 PM