WANITA tiba di sebuah pusat vaksinasi cacar monyet di New York. FOTO Reuters
WANITA tiba di sebuah pusat vaksinasi cacar monyet di New York. FOTO Reuters
BERNAMA

Los Angeles: Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) melaporkan lebih 20,000 kes jangkitan cacar monyet setakat ini.

Sebanyak 20,733 kes cacar monyet dilaporkan di seluruh negara setakat Selasa, lapor Xinhua.

California merekodkan angka jangkitan paling tinggi dengan 3,833 kes diikuti New York (3,526) dan Florida (2,126).

Setakat ini, AS merekodkan kadar jangkitan cacar monyet tertinggi di dunia.

Pentadbiran Presiden Joe Biden berdepan kritikan susulan lambat bertindak balas terhadap wabak cacar monyet, termasuk kegagalan memesan vaksin yang mencukupi, mempercepatkan rawatan dan menyediakan ujian untuk mengelakkan wabak itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 September 2022 @ 11:16 AM