WANITA warga emas wanita dibiarkan di dalam kotak. FOTO Twitter
WANITA warga emas wanita dibiarkan di dalam kotak. FOTO Twitter
Agensi

Mexico City: Sungguh menyentuh hati apabila seorang warga emas di Mexico ditemukan hidup terbiar di dalam kotak.

Lebih menyedihkan, wanita itu, ditinggalkan di tepi lebuh raya, Puebla tanpa sebarang makanan dan hanya dibiarkan berselimut, di dalam kotak berkenaan.

Warga emas itu ditemukan oleh individu yang menetap di kawasan kejiranan JoaquĆ­n Colombres.

Menurut media tempatan, wanita itu dikatakan dilihat merayau-rayau di luar kawasan perniagaan pada 25 Disember lalu.

Keadaannya yang lemah membimbangkan penduduk tempatan dan mereka kemudian meminta bantuan perkhidmatan kecemasan.

Selepas penemuannya, roti dan kopi diberikan kepada wanita itu yang kelaparan akibat sudah lama tidak makan.

Kakitangan dari Sistem Perbandaran DIF tiba di tempat kejadian dimaklumkan warga emas itu, keluarganya sendiri sengaja meninggalkannya.

Wanita itu kini mendapat perlindungan di pusat kemudahan DIF.

Bagaimanapun, punca pengabaian wanita di Mexico ini masih tidak diketahui.

Dikenali sebagai 'lambakan nenek', fenomena itu biasa dilihat di seluruh dunia.

Di Amerika Syarikat sahaja, kira-kira 100,000 warga emas 'ditinggalkan' setiap tahun.

Puncanya adalah kekurangan kewangan untuk membayar penjagaan mereka atau keengganan waris terdekat untuk membantu.

Di United Kingdom, purata kos sara hidup mingguan di rumah jagaan kediaman ialah 704 pound sterling (RM3,791.03), manakala kos purata rumah jagaan adalah 888 pound sterling (RM4,781.87) seminggu.

Purata kos bulanan penjagaan kediaman ialah 2,816 pound sterling (RM15,164.14) dan rawatan jururawat di rumah jagaan dengan purata kos 3,552 pound sterling (RM19,127.49).

Yuran penjaga secara langsung kira-kira 900 pound sterling (RM4,846.49) hingga 1,400 pound sterling (RM7,538.99) setiap minggu, namun jumlahnya boleh meningkat sehingga 2,000 pound sterling (RM10,769.98) seminggu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 10 Ogos 2022 @ 12:48 PM