VAKSIN AstraZeneca. FOTO AFP
VAKSIN AstraZeneca. FOTO AFP
Agensi

Toronto: Kerajaan Kanada melupuskan 13.6 juta dos vaksin AstraZeneca (AZ) disebabkan tiada penerima sama di negara itu atau luar negara.

Kanada sebelum ini menandatangani kontrak bersama AZ membeli 20 juta dos vaksin itu dengan 2.3 juta rakyatnya sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos, antara Mac hingga Jun tahun lalu.

Berikutan kebimbangan pada separuh pertama 2021 tentang pembekuan darah yang jarang berlaku tetapi berpotensi membawa maut disebabkan vaksin AZ menyebabkan Kanada menumpukan vaksin mRNA yang mencukupi daripada Pfizer-BioNTech dan Moderna.

Ia berlaku apabila banyak negara Eropah mengalami lonjakan ketara dalam jangkitan baharu Covid-19 dengan pakar memberi amaran kes melonjak pada musim panas akan datang selepas hampir semua sekatan ditarik balik dan pengambilan dos penggalak yang rendah.

Kes baharu semakin meningkat di Portugal, Perancis, Jerman, Itali, Sepanyol, Greece, Belanda dan Denmark disebabkan subvarian baharu Omicron BA.4 dan BA.5 yang menular lebih cepat.

Tahap jangkitan Covid-19 di United Kingdom (UK) juga meningkat lebih daripada 30 peratus dalam tempoh seminggu.

"Pandemik ini kembali meningkat," kata Pakar Penyakit Berjangkit Hospital Raymond-Poincare, Dr Benjamin Davido.

Katanya, komuniti dapat bertahan daripada jangkitan disebabkan kadar imuniasasi yang stabil kerana pengambilan dos penggalak.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 Julai 2022 @ 6:00 AM