SERANGAN aligator pertama menyebabkan kematian di Florida sejak 2019. FOTO AFP
SERANGAN aligator pertama menyebabkan kematian di Florida sejak 2019. FOTO AFP
Reuters

Miami: Tindakan seorang lelaki yang mengutip frisbee yang hilang di sebuah tasik di Florida mengundang padah apabila dia maut selepas dibaham aligator.

Mayat mangsa ditemukan dalam dengan keadaan lengannya tercabut, pada 31 Mei lalu.

Ia adalah serangan aligator pertama yang menyebabkan kematian di negeri itu sejak 2019.

Serangan itu berlaku di tasik di Taman John S Taylor di Largo, Florida, kata jurucakap Jabatan Polis Largo.

Beliau menambah, polis percaya seekor aligator 'terbabit' dalam kematian mangsa

Jurucakap Suruhanjaya Pemuliharaan Ikan dan Hidupan Liar Florida mengenal pasti mangsa sebagai lelaki berusia 47 tahun.

Lelaki itu dikatakan sering mencari frisbee yang hilang di tasik berkenaan.

Frisbes itu adalah milik pengunjung yang datang beriadah di taman itu.

Selepas ditemukan, lelaki terbabit akan menjual semula frisbee berkenaan kepada pengunjung lain.

"Dia mati akibat serangan aligator," kata Pengarah Taman dan Sumber Pemuliharaan di Pinellas County, Paul Cozzie,

Menurut Cozzie, seseorang yang berada di taman itu menjumpai mayat mangsa di tebing tasik, kira-kira 8 pagi.

Media melaporkan terdapat papan amaran yang melarang orang ramai daripada memasuki tasik berkenaan.

Aligator juga dikatakan menjadi lebih agresif ketika musim haiwan itu mengawan, antara Mei dan Jun, setiap tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Jun 2022 @ 6:40 AM