PASUKAN penyelamat dibantu sukarelawan selepas tanah runtuh di Caxumbu di Petropolis, Brazil. FOTO AFP
PASUKAN penyelamat dibantu sukarelawan selepas tanah runtuh di Caxumbu di Petropolis, Brazil. FOTO AFP
AFP

Brasilia: Angka kematian akibat hujan lebat yang menyebabkan banjir kilat dan tanah runtuh di bandar Petropolis, Brazil meningkat kepada 165 orang, lapor pihak berkuasa pada Ahad.

Lebih banyak ribut ganas berlaku dan ia turut mengorbankan dua individu di wilayah lain berhampiran.

Presiden Brazil, Jair Bolsonaro dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, anggota penyelamat dan penduduk yang mencari ahli keluarga mereka yang hilang terus mencari melalui lumpur dan runtuhan di Petropolis dan ia kelihatan seperti perang.

Tiada maklumat mengenai berapa jumlah angka kematian yang akan meningkat secara berterusan.

Menurut pihak berkuasa, tidak mungkin ada lagi mangsa terselamat akan ditemui di bawah serpihan itu.

Polis pula memaklumkan sekurang-kurangnya 28 kanak-kanak maut.

Cuaca tidak menentu Brazil berlaku selepas hujan lebat melanda negeri tenggara Espirito Santo pada Ahad.

Lebih 1,200 mangsa terpaksa berpindah dari penempatan mereka dan 43 kediaman dilaporkan musnah.

Menurut pakar, kejadian itu adalah yang terbaharu dalam siri ribut maut yang melanda Brazil dan bertambah buruk disebabkan perubahan iklim.

Sejak tiga bulan lalu, sekurang-kurangnya 219 orang maut dalam ribut serta hujan lebat terutama di negeri tenggara Sao Paulo dan negeri timur laut Bahia, Petropolis dan kini Espirito Santo.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 21 Februari 2022 @ 2:29 PM