FOTO AFP
FOTO AFP
AFP

Washington: Pfizer dan rakan kongsinya, BioNTech sudah memulakan ujian klinikal keselamatan dan respon daya tahan tubuh untuk vaksin khusus bagi varian Omicron.

Ujian itu akan dijalankan bagi golongan dewasa berusia 18 hingga 55 tahun, kata syarikat itu dalam kenyataan pada Isnin.

Ketua Pegawai Eksekutif Pfizer, Albert Bourla sebelum ini berkata, syarikat farmaseutikal gergasi itu bersedia untuk menghantar laporan ujian untuk kebenaran kawal selia pada Mac depan.

Ketua kajian vaksin syarikat itu, Kathrin Jansen dalam kenyataan berkata, data terkini menunjukkan bahawa penggalak terhadap strain asal Covid-19 masih terus melindungi seseorang daripada jangkitan varian Omicron dan syarikat itu akan bertindak berhati-hati.

"Kami sedar keperluan untuk menyediakan perlindungan terhadap Omicron dan varian lain pada masa akan datang," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif BioNTech Ugur Sahib berkata, perlindungan vaksin asal Covid-19 adalah sederhana untuk melindungi varian Omicron.

"Kajian ini adalah ujian saintifik yang kami jalankan untuk menghasilkan vaksin pelbagai varian," katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19


  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 January 2022 @ 9:49 AM