PIL molnupiravir. FOTO HIASAN
PIL molnupiravir. FOTO HIASAN
AFP

Washington: Panel pakar kesihatan yang dilantik Amerika Syarikat mengesyorkan pil Covid-19 Merck untuk pesakit dewasa berisiko tinggi.

Ia satu bentuk rawatan baharu yang mudah diberikan dan terbukti lebih mampu menahan varian termasuk Omicron.

Molnupiravir, yang diluluskan di United Kingdom (UK) dapat mengurangkan kadar kemasukan ke hospital dan kematian dalam kalangan pesakit Covid-19 yang berisiko tinggi apabila diambil dalam tempoh lima hari selepas gejala bermula.

Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA), yang mengadakan mesyuarat semalam dijangka memberikan kebenaran penggunaan kecemasan (EUA) tidak lama lagi.

Ia bermakna berjuta-juta kapsul akan disimpan di farmasi untuk pesakit dengan preskripsi.

Tetapi margin undian terakhir menunjukkan 13 pakar menyokong dan 10 menentang mencerminkan kebimbangan terhadap penurunan hasil keberkesanan rawatan, baru-baru ini, dan kebimbangan terhadap potensi bahayanya.

"Ini adalah keputusan yang sukar, " kata Sascha Dublin dari Institut Penyelidikan Kesihatan Kaiser Permanente Washington.

Dublin berkata, walaupun mendapati manfaatnya cukup menarik, apa yang penting untuk memastikan pil itu dikawal dengan ketat dan diberikan kepada pesakit yang paling sesuai untuk rawatan.

Minggu lalu, Merck mengeluarkan keputusan penuh daripada percubaan klinikal 1,400 orang yang mendapati pil itu mengurangkan risiko kemasukan ke hospital dan kematian sebanyak 30 peratus.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 9:43 AM