KEVIN Strickland. FOTO CBS News
KEVIN Strickland. FOTO CBS News
AFP

Washington: Seorang hakim di Missouri, barat tengah Amerika Syarikat (AS) memerintahkan pembebasan serta-merta pada hari Selasa terhadap seorang lelaki kulit hitam yang meringkuk selama 43 tahun di penjara atas tiga kesalahan membunuh tidak dilakukannya.

Kevin Strickland, 62, disabitkan bersalah oleh juri berkulit putih pada tahun 1979 kerana didakwa terbabit dalam pembunuhan di Kansas City, Missouri, dan dijatuhi hukuman penjara sepanjang hayat atas kesalahan itu.

Strickland dengan tegas menyatakan dirinya tidak bersalah, namun Pejabat Pendakwa Daerah Jackson bersetuju awal tahun ini bahawa lelaki itu disabitkan secara salah.

Selepas menyemak kes itu, Hakim James Welsh mengarahkan pembebasan segera Strickland pada Selasa.

Pembebasan Strickland selepas 43 tahun di dalam penjara menjadikannya salah seorang banduan paling lama berkhidmat di AS yang disabitkan secara salah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 November 2021 @ 10:13 AM