GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Agensi

Washington: Kejadian tembakan yang dilepaskan secara tidak sengaja di Lapangan Terbang Antarabangsa Hartfield-Jackson, Atlanta, Amerika Syarikat (AS), pada Sabtu.

Ia menyebabkan orang ramai panik dan bergegas mencari perlindungan.

Jurucakap lapangan terbang berkata, bahawa kejadian itu berlaku selepas pemeriksaan di checkpoint menemukan senjata api di dalam beg seorang penumpang.

Difahamkan, penumpang terbabit meluru ke arah beg itu dan menariknya sebelum tidak sengaja melepaskan tembakan.

Dia kemudian melarikan diri dari lapangan terbang.

Sementara itu, pihak berkuasa menyatakan pihaknya mengetahui individu berkenaan dan masih cuba mengesannya.

Susulan kejadian, pihak berkuasa lapangan terbang mengeluarkan kenyataan bahawa insiden itu tidak membahayakan penumpang dan petugas di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 4:33 PM