FOTO HIASAN. FOTO AFP
FOTO HIASAN. FOTO AFP
AFP

Washington: Syarikat pengeluar vaksin Amerika Syarikat, Pfizer mengesahkan ujian klinikal untuk pil keluarannya khusus merawat Covid-19 menunjukkan keberkesanan dan menganggapnya sebagai langkah ke arah menamatkan wabak itu.

Pil untuk rawatan koronavirus di rumah sememangnya dicari sejak permulaan krisis kesihatan global itu.

Setakat ini semua rawatan adalah sama iaitu menggunakan suntikan intravena atau vaksin.

Pfizer ialah pil anti-Covid kedua selepas Merck, yang sebenarnya adalah ubat influenza yang dijenamakan semula untuk melawan koronavirus.

Pfizer dicipta khusus untuk memerangi Covid-19.

Ubat Pfizer dipanggil Paxlovid mencapai pengurangan 89 peratus dalam risiko kemasukan ke hospital atau kematian dalam kalangan pesakit dewasa dengan Covid yang berisiko tinggi untuk mengalami penyakit teruk.

Keputusan daripada percubaan klinikal peringkat pertengahan hingga akhir adalah begitu kukuh sehingga Pfizer berhenti mencuba kepada orang baharu.

Pfizer akan menyerahkan data kepada Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan (FDA) secepat mungkin untuk Kebenaran Penggunaan Kecemasan.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 November 2021 @ 9:31 AM