WANITA itu  ketika melakukan prank berkenaan.
WANITA itu ketika melakukan prank berkenaan.
Agensi

Mexico City: Gurauan seorang wanita berpakaian hantu mengundang padah apabila dia ditembak mati jirannya.

Wanita berkenaan berusia lingkungan 20-an itu maut ditembak di Naucalpan de Juarez di Mexico.

Dia berpakaian gaun dan melitupi kepalanya dengan selubung untuk membuat terhadap jirannya.

Wanita itu berpakaian ala La Llorona, watak hantu Amerika Selatan yang dikatakan akan berjalan di kaki lima sambil mengilai.

Seorang penduduk sempat merakamkan perbuatan wanita itu sebelum dia ditembak beberapa kali oleh seorang jiran yang ketakutan.

Suspek kemudian melarikan diri selepas melepaskan tembakan ke arah mangsa.

Setakat ini, polis masih melakukan siasatan lanjut dan tiada penahanan dibuat.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Oktober 2021 @ 4:16 PM