JHO Low. FOTO fail AFP
JHO Low. FOTO fail AFP
AFP

New York: Puluhan ketua negara dan pemerintah dari Jordan, Azerbaijan, Kenya dan Republik Czech dipercayai menggunakan akaun luar pesisir untuk menyembunyikan aset dan pelaburan bernilai ratusan juta dolar.

Penyiasatan menerusi apa yang digelar sebagai Pandora Papers membabitkan kira-kira 600 wartawan media daripada pelbagai agensi termasuk The Washington Post, BBC dan The Guardian, mendedahkan hampir 12 juta fail yang dimiliki 14 firma kewangan di serata dunia.

Kumpulan siasatan itu memperoleh kira-kira 11.9 juta dokumen daripada 14 syarikat perkhidmatan kewangan di seluruh dunia.

Kira-kira 35 pemimpin dan bekas pemimpin dinyatakan dalam kumpulan dokumen terbaharu yang dianalisis oleh Konsortium Wartawan Penyiasat Antarabangsa (ICIJ), menghadapi tuduhan mulai dari rasuah hingga pencucian wang dan penghindaran cukai global.

Di kebanyakan negara, ICIJ menekankan, tidak haram memiliki aset di luar pesisir atau menggunakan shell companyuntuk melakukan perniagaan melintasi sempadan negara.

Dokumen itu memperlihatkan bagaimana Raja Jordan II dari Jordan dikatakan membuat rangkaian syarikat luar pesisir dan tempat percukaian untuk mengumpulkan empayar harta tanah bernilai AS$100 juta, dari Malibu, California ke Washington dan London.

Selain itu, antara nama lain yang disenarai dalam laporan itu adalah ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low dan kaitannya dengan sebuah firma undang-undang global Amerika yang dilaporkan diguna untuk membina jaringan syarikat di Malaysia dan Hong Kong.

Pihak berkuasa Amerika Syarikat mendakwa syarikat itu digunakan untuk menyalurkan wang yang diseleweng daripada 1 Malaysia Development Berhad (1MDB).

Antara nama individu didedahkan mempunyai akaun luar pesisir sulit adalah Raja Jordan Raja Abdullah II, bekas perdana menteri United Kingdom Tony Blair, pihak yang rapat masing-masing dengan Perdana Menteri Pakistan Imran Khan dan Presiden Rusia Vladimir Putin.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 Oktober 2021 @ 9:11 PM