Washington: Pfizer memulakan ujian klinikal tahap pertengahan hingga akhir pil anti-Covid-19 bagi individu yang terdedah kepada virus itu.

Beberapa syarikat menghasilkan apa yang dikenali sebagai antivirus oral seperti yang dilakukan Tamiflu untuk influenza dan mencegah penyakit daripada terus menjadi lebih teruk, lapor AFP.

"Kami percaya bahawa menangani virus memerlukan rawatan yang berkesan bagi mereka yang dijangkiti atau terdedah kepada jangkitan virus itu, sekali gus melengkapkan manfaat daripada pemberian vaksin," kata Mikael Dolsten, ketua pegawai saintifik Pfizer.

Pengeluar vaksin itu mula menghasilkan ubat yang dikenali PF-07321332, pada bulan Mac 2020 dan mengujinya dengan ritonavir, ubat HIV yang dihasilkan semula.

Percubaan klinikal membabitkan 2,660 orang dewasa yang akan mengambil bahagian berkaitan simptom awal jangkitan Covid-19 atau kesedaran mengenainya.

Mereka akan ditugaskan secara rawak untuk menerima gabungan PF-07321332 dan ritonavir atau plasebo, dua kali sehari selama lima atau 10 hari.

Ia bertujuan untuk menguji keselamatan dan keberkesanan ubat-ubatan yang sedang dikaji bagi mencegah jangkitan Sars-CoV-2 dan penyakit simptomatik pada hari ke-14.

Jika ia berfungsi, kemungkinan ubat berkenaan hanya akan berkesan pada peringkat awal jangkitan. - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 6:45 AM