FOTO Hiasan
FOTO Hiasan
AFP

Washington: Tiga bekas perisik Amerika Syarikat (AS) dihadapkan ke mahkamah di Virginia kerana menggodam keselamatan siber untuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dengan menyasarkan musuh dan pesaing negara Teluk itu.

Marc Baier, 49, Ryan Adams, 34, dan Daniel Gericke, 40, bersetuju membayar penalti AS$1.7 juta (kira-kira RM7.07 juta).

Mereka mendapat habuan kerana bekerja dengan UAE dan dituduh kerana melanggar kawalan eksport AS, penipuan komputer dan penggunaan akses komputer individu lain secara haram.

Mahkamah bersetuju untuk menangguhkan pendakwaan selama tiga tahun dalam kes kompleks itu yang memberi tumpuan kepada pasaran global kerajaan dalam mencari pakar keselamatan komputer yang terlatih untuk mengintip musuh dan ancaman.

Tiga tertuduh pernah bekerja dengan agensi risikan termasuk agensi keselamatan nasional dan angkatan tentera AS.

Berdasarkan Jabatan Kehakiman tertuduh pernah bekerja dengan syarikat yang menawarkan perkhidmatan operasi risikan siber kepada kerajaan UAE.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 September 2021 @ 2:51 PM