FOTO HIASAN. FOTO AFP
FOTO HIASAN. FOTO AFP
AFP

Washington: Seorang pelajar maut selepas ditembak di sebuah sekolah menengah di Carolina Utara, menurut polis.

Polis yang bergegas ke lokasi di Mount Tabor High School di Winston-Salem mendapati seorang pelajar di situ ditembak.

Mangsa yang parah kemudian dikejarkan ke hospital tempatan, tetapi kemudian disahkan meninggal dunia.

Kejadian itu adalah insiden kedua di sekolah menengah di Carolina Utara, pada minggu ini.

Polis Winston-Salem berkata, suspek yang dipercayai seorang lagi pelajar, sudah ditahan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 September 2021 @ 9:22 AM