VAKSIN Covid-19 Johnson &Johnson. FOTO fail AFP
VAKSIN Covid-19 Johnson &Johnson. FOTO fail AFP
AFP

Washington: Johnson & Johnson (J&J) pada Selasa menyatakan dos kedua vaksin Covid-19nya meningkatkan imuniti, berbanding dos pertama.

Syarikat itu dalam satu kenyataan berkata, dos tambahan itu meningkatkan antibodi terhadap virus berkenaan, sebanyak sembilan kali ganda.

Pentadbiran Presiden Joe Biden sudah mengumumkan pelan untuk semua penduduk negara itu divaksin dengan vaksin mRNA -Pfizer dan Moderna - untuk menerima dos ketiga, lapan bulan selepas dos kedua.

Pusat Kawalan dan Pencegahan (CDC) Amerika Syarikat menjangkakan dos kedua J&J akan diperlukan, tetapi memerlukan lebih banyak data sebelum membuat apa-apa syor.

Kenyataan J&J itu bagaimanapun tidak memperincikan bila dos kedua itu perlu diambil.

Laporan itu ketika CDC mengumumkan bahawa keberkesanan vaksin Covid-19 secara keseluruhannya akan menurun selepas varian Delta menjadi varian dominan.

Dalam satu kajian yang masih berlangsung membabitkan petugas kesihatan AS yang sudah divaksin dengan vaksin Pfizer dan Moderna, keberkesanan terhadap semua jenis jangkitan dilihat menurun daripada 91 peratus kepada 66 peratus.

Namun, perlindungan terhadap jangkitan Covid-19 serius dan kematian akibat virus itu kekal stabil, melebihi 90 peratus, berdasarkan kebanyakan kajian.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 26 Ogos 2021 @ 10:59 AM