ABDULLA Shahid. FOTO AFP
ABDULLA Shahid. FOTO AFP
BERNAMA

New York: Menteri Luar Maldives Abdulla Shahid dipilih sebagai Presiden sesi ke-76 Majlis Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), kata Presiden semasa, Volkan Bozkir pada Isnin, lapor Sputnik.

"Abdulla Shahid dari Maldives mendapat 143 undi. Setelah memperoleh majoriti yang diperlukan, Abdulla Shahid dari Maldives dipilih sebagai Presiden Perhimpunan Agung ke-76, "kata Bozkir.

Calon mesti memperoleh 96 undi untuk dipilih. Pesaing Shahid, bekas Menteri Luar Afghanistan Zalmay Rassoul, mendapat 48 undi.

Shahid memulakan kerjayanya di Kementerian Luar pada 1983, menjadi ketua pentadbiran presiden pada 1995 iaitu jawatan yang disandangnya selama satu dekad.

Beliau dilantik sebagai Menteri Luar pada 2007, dan sekali lagi menjawat jawatan itu pada 2018.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 Jun 2021 @ 2:11 PM