CAROLINE kecewa mereka dihalau kerana anak istimewanya tanggalkan pelitup muka dalam pesawat. FOTO KDVR.
CAROLINE kecewa mereka dihalau kerana anak istimewanya tanggalkan pelitup muka dalam pesawat. FOTO KDVR.
Agensi

Washington: Gara-gara anak istimewanya menanggalkan pelitup muka, tiga beranak dihalau daripada menaiki sebuah pesawat ke Fort Lauderdale, Florida, Amerika Syarikat.

New York Post yang memetik laporan KDVR melaporkan Caroline Scott dari Northglenn, Colorado dan keluarganya diarahkan keluar dari pesawat Southwest Airlines selepas anaknya, Orion, 3, tidak selesa memakai pelitup muka sepanjang masa.

Caroline berkata, mereka sudah menunjukkan dokumen perubatan daripada pakar dan terapi mengenai masalah Orion yang menghidap gangguan pemprosesan deria.

"Kru mengarahkan kami keluar dari pesawat kerana kapten tidak selesa dengan kami sekeluarga.

"Kami kesal mereka tiada rasa empati dan tidak memahami sedangkan anak ini cuma tiga tahun.

"Kami rasa trauma dan terhina kerana dimalukan," katanya kepada KDVR.

Katanya, disebabkan kejadian itu, mereka terpaksa menempah penerbangan baharu pada harga AS$1,700 (RM6,997).

Sementara itu, Southwest Airlines dalam satu kenya taan menjelaskan, mereka kesal dengan pengalaman dilalui keluarga itu ketika menaiki pesawat mereka dan menghubungi mereka bagi menyelesaikan isu berkenaan.

"Setiap hari, kakitangan kami perlu memastikan peraturan kerajaan mengenai pemakaian pelitup muka dipatuhi.

"Kami hargai kerjasama semua pihak untuk keselesaan dan kelancaran perjalanan sepanjang pandemik ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 8 Mei 2021 @ 6:30 AM