Gambar fail, Elon Musk. FOTO AFP.
Gambar fail, Elon Musk. FOTO AFP.
BERNAMA

San Francisco: Pengasas SpaceX dan Tesla, Elon Musk muncul individu terkaya dunia dengan memiliki kekayaan lebih AS$188 bilion (RM800 bilion), lapor agensi berita Xinhua.

Musk mengatasi Jeff Bezos, pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Amazon. Bezos sebelum ini terkaya di dunia sejak 2017 tetapi tahun ini beliau di kedudukan kedua, menurut Bloomberg Billionaire Index.

Pengasas Tesla itu mencapai puncak kekayaan berikutan lonjakan harga saham Tesla hampir 830 peratus sejak Mac 2020. Sepanjang tahun lalu, kekayaan bersihnya meningkat lebih AS$150 bilion (RM606 bilion).

Musk memegang kira-kira 20 peratus ekuiti Tesla. Beliau juga memiliki kepentingan sekitar 42 juta dolar AS, menurut laporan SEC. Saham Tesla naik 7.94 peratus pada Khamis, mencecah AS$816 (RM3,297) pada penutup.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 8 January 2021 @ 10:57 AM