GEGANTUNG berkenaan. FOTO Agensi
GEGANTUNG berkenaan. FOTO Agensi
Agensi

Buenos Aires: Hari pertama persekolahan sepatutnya menggembirakan guru, pelajar dan ibu bapa.

Bagaimanapun, lain pula kisahnya bagi seorang guru di Argentina apabila melihat gegantung besar tertera ayat menuduhnya tidur dengan bapa kepada salah seorang pelajarnya.

Oddity Central melaporkan, ibu bapa yang membawa anak mereka ke sekolah juga terkejut apabila kedatangan mereka 'disambut' dengan gegantung berkenaan.

"Carla, kamu perempuan simpanan dan tidur dengan suami saya.

"Kamu merosakkan sebuah keluarga," menurut ayat pada gegantung berkenaan.

Gambar gegantung itu mendapat perhatian netizen selepas ia tular di media sosial.

"Permulaan yang hebat untuk tahun persekolahan orang ramai," ciap pengguna Twitter @ fabita90 bersama gambar gegantung besar itu.

Ciapannya itu mendapat lebih 30,000 tanda dan diulang ciap beribu kali.

Gambar itu menjadi tular minggu lalu dan mengundang banyak komen lucu daripada netizen.

Bagaimanapun, tiada laporan mengenai identiti guru berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Mac 2023 @ 1:24 PM