SERGIO Guillermo Diaz menunjukkan karya yang dihasilkan pada wang kertas peso Argentina. FOTO Reuters
SERGIO Guillermo Diaz menunjukkan karya yang dihasilkan pada wang kertas peso Argentina. FOTO Reuters
Reuters

Buenos Aires: Nilai wang tunai Argentina merosot dengan banyak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Pelukis tempatan, Sergio Guillermo Diaz menyedari ia membolehkan dia berkarya dengan menghasilkan lukisan pada wang kertas.

Inflasi tahunan yang berkemungkinan menghampiri 100 peratus tahun lalu, wang kertas dengan nilai terbesar 1,000 peso bernilai hanya AS$5.60 (kira-kira RM25).

KARAKTER Harry Potter yang dilukis pada wang kertas peso Argentina. FOTO Reuters
KARAKTER Harry Potter yang dilukis pada wang kertas peso Argentina. FOTO Reuters

"Pada masa kini adalah masuk akal untuk saya melukis pada wang kertas dengan nilai terbesar di Argentina.

"Sebaik sahaja saya melukisnya, saya boleh menjualnya dengan harga yang lebih daripada nilai wang kertas itu," kata Diaz kepada Reuters dalam satu temu bual di bandar Salta.

KARYA SERGIO Guillermo Diaz lebih bernilai tinggi berbanding nilai asal wang kertas peso Argentina. FOTO FOTO Reuters
KARYA SERGIO Guillermo Diaz lebih bernilai tinggi berbanding nilai asal wang kertas peso Argentina. FOTO FOTO Reuters

Dia menggabungkan tema inflasi dan kemerosotan nilai peso ke dalam karyanya, yang turut memaparkan wang kertas satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Pada wang kertas itu, dia melukis gambar daripada bintang bola sepak Lionel Messi menjulang Piala Dunia.

Turut dilukis, imej satira mengenai kejatuhan mendadak peso dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Situasi ekonomi negara itu mengheret 40 peratus penduduk negara itu ke kancah kemiskinan.

Diaz berkata, karyanya mencerminkan cara menghadapi inflasi, perkembangannya dan kesan kepada orang ramai.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 January 2023 @ 2:43 PM