Anak lembu berkepala dua hanya hidup empat hari. FOTO CEN
Anak lembu berkepala dua hanya hidup empat hari. FOTO CEN
Agensi

Brasilia: Anak lembu dilahirkan dengan dua kepala di perkampungan di Bahia, Brazil hanya sempat hidup empat hari sebelum mati pada Khamis lalu.

Penternak lembu, Elidan Oliveira Sousa berkata, kelahiran lembu itu jarang berlaku dan luar biasa.

"Saya dan anak perempuan Elida Sousa (usia 12 tahun) juga hampir sukar meluangkan masa dengan anak lembu aneh itu kerana ibunyatidak membenarkan kami mendekati.

"Sedangkan, kami mahu lakukan apa sepatutnya dibuat supaya anak lembu itu boleh menyusu tetapi malangnya, ia cuma dapat hidup empat hari sebelum mati akibat kecacatan serius," katanya kepada media tempatan seperti dilaporkan Daily Star.

Elidan berkata, hasratnya membawa haiwan itu yang lahir pada 18 Julai untuk diperiksa veterinar juga tidak kesampaian.

Profesor dan doktor haiwan, Jefferson Filgueira Alcindo berkata, haiwan yang mempunyai kelainan genetik seperti itu biasanya akan mati ketika lahir atau sejurus selepas dilahirkan.

Katanya, mutasi genetik dipanggil dicephaly berlaku atas faktor isu pembiakan dalaman walaupun bakanya tidak memiliki kecacatan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 Julai 2022 @ 7:01 AM