PENDUDUK mencari barangan milik mereka selepas banjir berkenaan. FOTO EPA
PENDUDUK mencari barangan milik mereka selepas banjir berkenaan. FOTO EPA
BERNAMA

Brasilia: Angka korban akibat hujan lebat melanda negeri Bahia, timur laut Brazil meningkat kepada 20 orang pada Isnin dan 358 lagi cedera, lapor Xinhua, memetik laporan baharu dikeluarkan pihak berkuasa pertahanan awam negeri itu.

Jumlah mangsa yang terjejas turut meningkat kepada 470,000, dan 100 daripada 116 kawasan diisytiharkan darurat, menurut data yang dikeluarkan majlis perbandaran.

Hujan berterusan menyebabkan jambatan dan berpuluh-puluh rumah runtuh, manakala jumlah kerugian masih belum dapat dipastikan.

Menurut Institut Meteorologi Kebangsaan, jumlah taburan hujan yang tinggi memusnahkan selatan Bahia sejak November dan ia dijangka berlanjutan minggu ini dan sehingga Januari.

Pihak berkuasa negeri Maranhao, Ceara dan Sao Paulo mengumumkan akan menghantar anggota bomba bagi membantu kawasan terjejas.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 11:10 AM