KERANDA untuk mangsa maut dalam rusuhan berkenaan dihantar ke sebuah rumah mayat. FOTO EPA
KERANDA untuk mangsa maut dalam rusuhan berkenaan dihantar ke sebuah rumah mayat. FOTO EPA
BERNAMA

Quito: Pihak berkuasa Ecuador sudah mengenal pasti identiti 34 daripada 68 banduan yang maut dalam rusuhan di Penjara Litoral, di bandar Guayaquil, lapor Xinhua.

Mayat banduan itu akan dihantar kepada waris masing-masing dalam beberapa jam lagi dan usaha mengenal pasti identiti mangsa yang lain akan diteruskan.

Rusuhan itu dikatakan membabitkan kumpulan pengedar dadah, tercetus pada malam Jumaat dan pagi Sabtu yang turut menyebabkan 25 banduan cedera.

Seramai 900 anggota tentera sudah ditempatkan di dalam dan kawasan sekitar penjara untuk mengawal keadaan.

Pada 29 September, Penjara Litoral turut menyaksikan satu lagi rusuhan besar berlaku menyebabkan 118 banduan maut dan kejadian itu disifatkan paling tragis dalam sejarah negara.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 November 2021 @ 12:40 PM