BANDUAN menaiki bumbung penjara ketika rusuhan berkenaan. FOTO AFP
BANDUAN menaiki bumbung penjara ketika rusuhan berkenaan. FOTO AFP
BERNAMA

Quito: Satu rusuhan berlaku di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador, pada Selasa mengorbankan 24 banduan manakala 48 yang lain cedera.

Kejadian dikatakan berpunca akibat pergaduhan membabitkan geng di penjara Litoral Penitentiary, lima banduan maut dipenggal, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa penjara.

Pasukan polis dan tentera dihantar ke lokasi kejadian bagi mengawal keadaan.

Video yang dikongsi di media sosial menunjukkan ramai banduan naik ke bumbung bangunan penjara dan kedengaran bunyi tembakan serta letupan.

Media tempatan melaporkan rusuhan itu membabitkan gend "Los Lobos" dan "Tiguerones."

Pada Julai, Presiden Ecuador mengisytiharkan darurat di penjara negara itu selepas berlaku pertempuran antara geng yang meragut 22 nyawa banduan dan puluhan lagi cedera.

Sebelum ini pada 24 Februari sekurang-kurangnya 80 banduan maut dalam rusuhan yang berlaku serentak di penjara di tiga bandar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 September 2021 @ 11:18 AM