BANJIR di hospital berkenaan. FOTO AFP
BANJIR di hospital berkenaan. FOTO AFP
AFP

Mexico City: Sekurang-kurangnya 17 pesakit maut selepas banjir di sebuah hospital di tengah Mexico, menyebabkan gangguan pada bekalan tenaga dan terapi oksigen, kata pihak berkuasa pada Selasa.

Hospital di bandar Tula di Hidalgo itu dinaiki air selepas air sungai melimpah susulan hujan lebat, kata kerajaan menerusi Twitter.

"Saya amat sedih dengan kematian 17 pesakit ini," tulis Presiden Andres Manuel Lopez Obrador di Twitter.

Hospital itu dinaiki air dalam masa hanya beberapa minit dan ia mengganggu bekalan oksigen, kata ketua pengarah Institut Keselamatan Sosial Mexico yang mengendalikan fasiliti berkenaan.

Dalam kejadian itu, 56 pesakit lain dilaporkan dipindahkan ke hospital lain.

Menurut media Mexico, mangsa termasuk pesakit Covid-19 yang bergantung kepada bekalan oksigen.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 September 2021 @ 8:15 AM