COSSIO menjalani pembedahan untuk memasukkan implan payudara. FOTO Instagram
COSSIO menjalani pembedahan untuk memasukkan implan payudara. FOTO Instagram
Agensi

Bogota: Demi meraih perhatian, model lelaki dan personaliti media sosial dari Columbia, Yeferson Cossio sanggup menjalani prosedur memasukkan implan payudara.

Tindakan bodoh itu mengejutkan jutaan pengikutnya di media sosial.

Oddity Central melaporkan Cossio melakukannya kerana mahu mencabar diri walaupun tidak perlu berbuat demikian selepas menang dalam pertaruhan dengan abang iparnya, Jhoan Lopez.

Dalam pertaruhan itu, Cossio perlu mengumpul tiga juta pengikut di Instagram (IG) dalam waktu tertentu.

Sekiranya berjaya, Lopez yang harus menjalankan pembedahan memasukkan silikon berkenaan.

Namun, Cossio menang pertaruhan itu sekali gus Lopez perlu menunaikan janjinya kerana kalah.

Tetapi, pada akhirnya, dua beradik itu memutuskan untuk sama-sama menjalani pembedahan memasukkan implan.

"Namun, saya tidak bimbang, saya sudah bercakap dengan klinik kosmetik di Columbia.

"Mereka menjelaskan kepada saya mengenai cara untuk melakukannya tanpa merosakkan tulang dada," tulisnya di IG.

Menurut Cossio, dia memakai implan silikon itu selama tiga hari dan kemudian menjalani satu lagi prosedur untuk mengeluarkannya.

Implan itu meninggalkan parut yang sangat kecil pada tubuhnya yang dipenuhi dengan tatu sehingga kesannya hampir tidak kelihatan.

Menerusi perkongsian gambar di IG, Cossio dan Lopez dilihat memuat naik gambar memakai baju dalam.

Bagaimanapun, kedua-dua lelaki itu mengeluarkan implan itu beberapa hari selepas menjalani pembedahan berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 6:31 AM