RUSUHAN di penjara di Cuenca, Ecuador. FOTO EPA
RUSUHAN di penjara di Cuenca, Ecuador. FOTO EPA
AFP

Guayaquil: Sekurang-kurangnya 62 banduan maut dalam rusuhan di tiga penjara di Ecuador, pada Selasa.

Menurut pihak berkuasa, ia dikatakan berpunca daripada persengketaan antara kumpulan.

Seramai 21 banduan meninggal dunia di penjara di bandar pelabuhan di barat negara itu, Guayaquil.

Selain, 33 banduan lagi maut di penjara di Cuenca, manakala lapan lagi di penjara di Latacunga, di tengah negara itu.

Presiden Ecuador Lenin Moreno, menerusi Twitter, berkata, rusuhan itu berpunca daripada 'organisasi jenayah' yang melakukan 'keganasan serentak' di beberapa penjara.

Anggota pihak keselamatan juga dihantar ke penjara terbabit bagi mengawal keadaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Februari 2021 @ 9:05 AM