LISBETH dan Luis ketika hari perkahwinan mereka.
LISBETH dan Luis ketika hari perkahwinan mereka.
Agensi

Quito: Polis Ecuador memburu seorang lelaki kerana disyaki membunuh isterinya dan mengaburi punca kematian wanita itu dengan melekatkan gam pada luka di kepala mangsa.

Luis Hermind yang berasal dari Guayaquil juga cuba melakukan pengebumian isterinya dengan segera sebelum perbuatannya terbongkar dan dia menghilangkan diri sejak waran tangkap dikeluarkan pada 29 Disember lalu.

The Sun melaporkan Luis Hermida memberitahu keluarga mentua yang isterinya, Lisbeth, 30, meninggal dunia kerana jatuh dari tangga di rumah mereka pada 21 Disember lalu menyebabkan ibu bapa Lisbeth dikenali Mario dan Kathy Baquerizo bergegas ke sana.

Bagaimanapun, sebaik mereka tiba, didapati wakil pengurusan pengebumian sudah melakukan persiapan dan keranda turut berada di rumah itu.

Keluarga suspek juga dilapor memberitahu pasangan yang sedang bersedih itu untuk tidak menghubungi polis supaya pengebumian dapat diatur keesokan harinya, sambil memberi jaminan akan menguruskannya dengan baik.

Meskipun hairan pengebumian dilakukan dengan tergesa-gesa, ibu bapa Lisbeth yang sedih dengan kehilangan itu bersetuju menyegerakan pengebumian mayat malah tidak mengesyaki Luis adalah dalang yang membunuh anaknya kerana pasangan itu sudah bersama selama 12 tahun termasuk setahun dalam perkahwinan.

Penipuan Luis mula terbongkar apabila Khaty curiga melihat kecederaan pada matanya dan seorang kenalan Lisbeth datang berziarah serta memberitahu wanita malang itu mengalami mangsa penderaan suami tetapi enggan memberitahu keluarga.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 9 January 2021 @ 7:15 AM