PENDUDUK kampung menunjakkan perhiasan emas dan perak yang dijumpai di pesisir pantai Guaca, Venezuela. FOTO New York Times
PENDUDUK kampung menunjakkan perhiasan emas dan perak yang dijumpai di pesisir pantai Guaca, Venezuela. FOTO New York Times
Agensi

Caracas: Kehidupan penduduk perkampungan nelayan di Guaca, Venezuela yang dihimpit kemiskinan berubah sekelip mata apabila menemui 'harta karun' di pesisir pantai, September lalu.

Penemuan itu dianggap penduduk sebagai rahmat, malah ada yang mengaitkan dengan legenda lanun Carribbean selepas gagal mendapat penjelasan logik asal usul harta berkenaan.

Antara yang mereka temui adalah perhiasan emas dan perak seperti rantai, cincin dan subang.

Malah, hingga kini, penduduk masih menggali pasir pantai dengan harapan menemui sesuatu walaupun hasilnya tidak lagi sebanyak seperti empat bulan lalu.

Individu terawal menemui harta itu adalah Yolman Lares, 25, yang memberitahu New York Times bahawa dia menangis kegembiraan sebalik menarik kalung emas ketika menyusuri pesisir pantai.

"Itulah pertama kali sesuatu yang sangat istimewa berlaku kepada saya," katanya yang menganggap penemuan itu satu keajaiban dan harapan untuk mengubah nasib keluarga.

Katanya, dia kemudian berkongsi maklumat dengan bapa mentuanya sebelum cerita itu tersebar.

Tidak lama kemudian 2,000 penduduk kampung berkumpul melakukan pencarian harta karun di situ.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 20 Disember 2020 @ 6:55 AM