GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Agensi

Cape Town: Saintis Afrika Selatan yang mengendalikan institusi penjujukan gen di negara itu menemui dua sublineage baharu bagi varian Omicron.

Tulio de Oliveira berkata, ia dinamakan BA.4 dan BA.5, namun ia tidak menyebabkan peningkatan jangkitan di Afrika Selatan, dan ditemukan dalam sampel dari beberapa negara, lapor The National News.

"Memandangkan jangkitan, kemasukan ke hospital dan kematian yang sangat rendah di Afrika Selatan, kami dimaklumkan mengenai evolusi yang berterusan tetapi tidak membimbangkan.

"Semua sains makmal mengenai peneutralan virus dan vaksin sudah dijalankan dan kami sedang memperkukuh pengawasan genom" katanya.

Jumlah kematian dan orang yang memerlukan rawatan hospital adalah sebahagian kecil daripada yang disebabkan oleh varian Delta, walaupun kes harian mencecah rekod tertinggi pada bulan Disember.

Sublineage juga ditemukan dalam sampel dari Botswana, Belgium, Jerman, Denmark dan United Kingdom.

Setakat ini, empat sampel yang mengandungi sublineage dikenal pasti di Botswana dan 23 di Afrika Selatan, kata Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan.

"Tiada sebab untuk cemas. Kami sedang bekerjasama dengan saintis di Botswana dan Afrika Selatan untuk mengetahui tingkah laku yang lengkap mengenai sublineage ini," kata pengarah serantau WHO untuk Afrika Matshidiso Moeti.

Kedua-duanya mempunyai mutasi yang serupa pada protein pepaku iaitu bahagian yang membantu virus melekat pada sel manusia kepada BA.2, yang lebih mudah berjangkit daripada strain Omicron yang asal.

Moeti berkata, kedua-dua sublineage berbeza antara satu sama lain dari segi mutasi asid amino di luar protein pepaku.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 April 2022 @ 11:12 AM