SITUASI perang semakin meruncing di Habsyah. FOTO AFP
SITUASI perang semakin meruncing di Habsyah. FOTO AFP
BERNAMA

New York: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres menggesa semua pihak yang terbabit dalam konflik di Habsyah segera menamatkan permusuhan.

"Saya merayu pihak bertelagah di Habsyah untuk segera melakukan gencatan senjata tanpa syarat untuk menyelamatkan negara," ciap Guterres di Twitternya pada Rabu.

Sementara itu, Sputnik memetik laporan EBC Habsyah, sepanjang dua hari lepas tentera negara sudah membunuh 12 komander Barisan Pembebasan Rakyat Tigray (TPLF).

Pada awal November, Parlimen Habsyah mengisytiharkan darurat selama enam bulan di seluruh negara susulan TPLF bertindak memasuki ibu negara Addis Ababa.

Perkembangan itu mendorong beberapa negara mula mengosongkan misi diplomatik mereka di Habsyah.

Minggu ini, Perdana Menteri Ethiopia Abiy Ahmed turut turun padang untuk mengetuai tentera yang berperang menentang TPLF.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 12:47 PM