PASANGAN itu ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah. FOTO Agensi
PASANGAN itu ditahan dan akan dihadapkan ke mahkamah. FOTO Agensi
AFP

Dakar: Seorang lelaki di Senegal ditahan kerana menipu apabila dia sanggup menyamar menjadi wanita bagi menduduki peperiksaan menggantikan teman wanitanya.

Peguamnya pada Selasa memberitahu AFP bahawa teman wanitanya turut ditahan

Kedua-duanya akan dihadapkan ke mahkamah di Afrika Barat pada Khamis atas tuduhan menipu dan bersubahat, kata peguam Serigne Ndiongue.

Menurut pendakwaan, pelajar universiti itu berpindah ke pusat bandar Diourbel bagi membolehkan dia menyamar menjadi teman wanitanya untuk menduduki peperiksaan itu.

Tular di media sosial menunjukkan lelaki itu memakai gaun merah dan selendang hitam.

Media tempatan melaporkan lelaki itu ditahan pada hari ketiga peperiksaan apabila merasakan sesuatu yang pelik apabila melihat pakaiannya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Ogos 2021 @ 9:12 AM