OSAMA Rabei meninjau lokasi kapal kontena yang tersekat di Terusan Suez. FOTO Agensi.
OSAMA Rabei meninjau lokasi kapal kontena yang tersekat di Terusan Suez. FOTO Agensi.
Agensi

Kaherah: Pegawai tidak dapat menetapkan tempoh untuk 'membebaskan' kapal kontena, The Ever Given, yang merintangi Terusan Suez, kata ketua penguasa Terusan Suez.

Arabnews melaporkan, Leftenan Jeneral Osama Rabei berkata, kapal berkenaan melanggar tebing terusan dan hanya boleh dialihkan menggunakan jengkaut.

Kapal tersekat dalam kedudukan menyerong sejak Selasa lalu, dan menghalang trafik di laluan perdagangan antara paling sibuk di dunia itu.

Dalam sidang media di Suez Sabtu, Rabei berkata, angin kencang bukan alasan utama kejadian itu, tetapi masalah teknikal atau kesilapan manusia mungkin punca ia berlaku.

Operasi pengorekan mampu membebaskan kapal tanpa perlu memindahkan kargo yang dibawa, katanya.

KAPAL kontena, The Ever Given yang merintangi Terusan Suez. FOTO Agensi.
KAPAL kontena, The Ever Given yang merintangi Terusan Suez. FOTO Agensi.

Pihak berkuasa Mesir turut menggunakan bot tunda dan jengkaut untuk membebaskan busur (bahagian depan kapal) dan kincir angin, katanya sambil menambah lebih 300 kapal sedang menunggu di kedua-dua hujung terusan itu.

Rabei berkata, proses mengorek amat penting untuk

mengalihkan kapal yang terperangkap.

Katanya, dua operasi sedang dijalankan untuk menamatkan krisis itu.

Menurutnya, adalah mustahil kapal itu dapat dialihkan 'hari ini atau esok, bergantung kepada tindak balas arus'.

Hasil operasi pada hari pertama 'tidak baik' dan kapal tidak dapat dialihkan kerana saiznya besar, kata Rabei.

Menurutnya, hanya 12 kapal sedang menunggu untuk melintasi terusan itu pada hari kejadian tetapi pelan alternatif dilakukan dengan menempatkan mereka Tasik Dimsah dan Tasik Bitter.

Rabei berkata, pihak berkuasa menerima pelbagai cadangan untuk menyelesaikan masalah itu.

"Kita berusaha menggunakan tanah, batu dan gelombang pasang surut. Kita juga berdepan saiz kapal yang sangat besar dan kontena yang banyak," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Mac 2021 @ 1:45 PM