Seorang wanita memakai seluar dalam sebagai pelitup muka di sebuah pasar raya. FOTO agensi
Seorang wanita memakai seluar dalam sebagai pelitup muka di sebuah pasar raya. FOTO agensi
Agensi

Cape Town: Seorang wanita di Afrika Selatan membuat kerja gila apabila menjadikan seluar dalamnya sebagai pelitup muka.

Dalam satu rakaman video tular, wanita itu ditegur pengawal keselamatan agar memakai pelitup muka ketika memasuki pasar raya.

"Saya tidak ada (pelitup muka)," kata wanita itu seperti dipetik portal thesouthafrican.com.

Pengawal keselamatan itu memberi amaran jika tidak memakai pelitup muka dia akan dihalau keluar.

Namun, wanita itu membuat aksi memeranjatkan apabila menanggalkan seluar dalam yang dipakainya sebelum menjadikannya sebagai pelitup muka.

Aksi wanita itu dirakam seorang pengunjung pasar raya yang menyokong tindakan wanita itu.

"Bakteria pada seluar dalam wanita lebih kecil berbanding pelitup muka.

"Secara peribadinya saya boleh menerimanya, ia tetap pelitup muka," katanya.

Sementara itu aksi wanita itu mendapat pelbagai reaksi di media sosial.

"Duduk di rumah dan berbelanja dalam talian saja jika tidak suka memakai pelitup muka.

"Sangat memalukan," selar seorang warganet daripada 900 komen pada video itu. - Agensi

Pada Disember lalu, Presiden Afrika Selatan, Cyril Ramaphosa berkata, kerajaan tidak akan berkompromi dengan mereka yang tidak memakai pelitup muka di tempat awam kerana ia dianggap kesalahan jenayah di negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Mac 2021 @ 6:50 AM