GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
BERNAMA

Singapura: Singapura dalam laporan awalnya mengesahkan 34 kes Covid-19 untuk tempoh 24 jam lalu, menjadikan jumlah jangkitan kepada 56,982.

"Mengikut siasatan kami sehingga kini, terdapat tiga kes dalam komuniti, di mana seorang adalah warga Singapura dan dua pemegang pas kerja," menurut Kementerian Kesihatan Singapura (MOH) dalam data ringkas dikeluarkan hari ini.

Kementerian itu menyatakan terdapat dua kes import dan kedua-duanya dikenakan Notis Tinggal di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Dalam data penuh yang dikeluarkan lewat semalam, republik itu mengklasifikasikan 921 kes yang dilaporkan sebagai kes import, 2,222 kes komuniti dan 53,805 membabitkan penghuni asrama pekerja.

Sejumlah 56,174 pesakit pulih sepenuhnya daripada jangkitan itu dan 51 kes yang disahkan masih berada di hospital, namun tidak ada pesakit yang ditempatkan di unit rawatan rapi.

Seramai 696 pesakit yang bergejala ringan, atau secara klinikalnya sihat tetapi masih diuji positif Covid-19 sudah diasingkan dan dirawat di fasiliti komuniti.

Sehingga kini, 27 kematian akibat komplikasi Covid-19 dilaporkan di republik tersebut.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 4:59 PM