TUVALU. FOTO AFP
TUVALU. FOTO AFP
Agensi

London: Di sebalik kemegahan Paris, New York dan Barcelona, tidak ramai menyedari ada banyak lagi tempat menarik di dunia yang jarang dikunjungi pelancong.

Berdasarkan data terkini dikumpulkan Pertubuhan Pelancongan Dunia (WTO) terdapat lima negara atau tempat yang jarang dilawati di dunia.

Memetik laporan CNN, destinasi ini tidak kurang hebatnya dengan keindahan semula jadi, budaya serta sejarah tersendiri yang mampu memukau dan menjanjikan kepuasan kepada pelancong.

Berikut adalah lima negara itu:

1. Tuvalu

Dengan lebih 100 pulau kecil di selatan Lautan Pasifik, Tuvalu antara negara paling terasing di dunia.

Bebas daripada pelancong yang memenuhi pantai, pulau ini menyajikan pelancong keindahan pantainya dengan terumbu karang cantik.

Apa yang menariknya, negara keempat terkecil dunia ini hanya memiliki 11,000 penduduk.

Namun, negara pulau terumbu karang ini dijangka akan lenyap daripada peta dunia dalam tempoh antara 30 hingga 50 tahun akibat kesan pemanasan global.

Jumlah kemasukan pelancong asing pada 2017: 2,000 orang.

KIRIBATI. FOTO AFP
KIRIBATI. FOTO AFP

2. Kiribati

Negara yang berjiran dengan Fiji ini memiliki tiga bahagian pulau iaitu Gilbert, Phoenix and Line Islands.

Tidak ramai mengunjungi tempat ini dan ia memberi peluang kepada pelancong meraih layanan istimewa.

Mereka yang bertuah ke sini pasti tidak dapat melepaskan meneroka keindahan semula jadinya.

Mereka juga berpeluang melihat penari dengan skirt daun pandan, mendengar ketukan dram mengalunkan muzik tradisional.

Jumlah kemasukan pelancong asing pada 2016: 6,000 orang.

MARSHALL ISLANDS. FOTO AFP
MARSHALL ISLANDS. FOTO AFP

3. Marshall Islands

Negara kepulauan ini mendapat namanya sebagai lokasi tapak ujian radioaktif untuk Amerika Syarikat.

Ia menawarkan salah satu tempat selam skuba yang paling menakjubkan di dunia selepas puluhan kapal perang yang tenggelam di perairan pulau ini.

Antaranya, kapal induk USS Saratoga yang pernah digunakan Amerika Syarikat (AS) ketika menentang Jepun dalam Perang Iwo Jima.

Selepas itu, kapal itu digunakan sebagai sasaran dalam ujian bagi senjata nuklear bagi tentera AS.

Jumlah kemasukan pelancong asing pada 2017: 6,000 orang.

4. Montserrat

Pelancong boleh datang ke negara pulau Caribbean ini menerusi pesawat atau feri dari negara pulau berhampiran iaitu Antigua and Barbuda.

Bukit menghijau yang terhasil kesan daripada letusan gunung berapi pada tahun 1990-an membentuk landskap unik pulau ini.

Pengunjung berpeluang menyaksikan tapak arkeologi moden sambil bersantai di pantai baharu terhasil daripada aliran lava gunung berapi.

Jumlah kemasukan pelancong asing pada 2017: 8,000 orang.

5. Niue

Antara Julai hingga Oktober, pengunjung berpeluang melihat ikan paus yang meletakkan anaknya di perairan pulau ini.

Kelibat mamalia terbesar ini dapat dilihat dengan jelas dari kawasan pantai.

Hidupan ini tertarik dengan perairan negara pulau ini memandangkan suhu airnya yang hangat.

Ia juga antara beberapa lokasi di dunia di mana pelancong berpeluang berenang dengan ikan paus.

Jumlah kemasukan pelancong asing pada 2017: 10,000 orang.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 September 2020 @ 7:01 AM