GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
AFP

Dubai: Bahrain pada Khamis kini membenarkan pesawat Emiriah Arab Bersatu (UAE) dari atau ke Israel menggunakan ruang udaranya.

Keputusan itu sehari selepas Arab Saudi memberi kebenaran sama.

"Bahrain kini membenarkan semua penerbangan yang berlepas dan menuju ke UAE, untuk ke semua negara untuk melalui ruang udaranya," lapor Bahrain News Agency (BNA) yang memetik sumber Kementerian Pengangkutan dan Telekomunikasi negara itu

Pengumuman berkenaan selepas UAE dan Israel bersetuju untuk menandatangani perjanjian untuk memulihkan hubungan dua pihak, atas inisiatif Amerika Syarikat (AS), bulan lalu

Bahrain, seperti Arab Saudi, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel.

Keputusan kedua negara untuk 'membuka' ruang udara masing-masing dilihat kepada petanda kepada sebarang kerjasama dengan Israel.

Bagaimanapun, Bahrain, seperti Arab Saudi enggan mengiktiraf sebarang hubungan diplomatik dengan rejim berkenaan.

Arab Saudi menegaskan negara itu tidak akan mewujudkan hubungan diplomatik dengan Israel selagi rejim itu tidak menandatangani perjanjian damai yang diiktiraf masyarakat antarabangsa dengan Palestin.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 4 September 2020 @ 10:11 AM