GAMBAR Hiasan
GAMBAR Hiasan
Agensi

Islamabad: Seorang peguam wanita mengalami detik paling hitam dalam hidupnya apabila bukan sahaja diculik tetapi turut dirogol bergilir-gilir oleh tiga lelaki di Punjab, Pakistan.

Gulf News memetik laporan media tempatan melaporkan kejadian itu berlaku Okara, wilayah Punjab, pada 15 Ogos lalu.

Dalam kejadian itu, mangsa yang juga ibu kepada enam anak dan berasal dari Haveli Lakha, Okara, pergi ke mahkamah daerah untuk mengikuti satu prosiding kes.

Bagaimanapun, dia diculik oleh tiga lelaki, sebelum diseksa dan dirogol.

Selepas empat hari, penculik itu meninggalkan mangsa di tepi jalan sebelum dia diselamatkan oleh orang awam.

Wanita itu ditemui dengan tangan dan mulutnya diikat dengan tali.

Beberapa jam kemudian, ahli keluarga menemui mangsa di Mailsi yang terletak 200 kilometer (km) dari tempat tinggalnya.

Sumber berkata, penjenayah memaksa wanita itu menandatangani satu kertas putih.

Video penemuan mangsa tular di media sosial menunjukkan wanita itu berada dalam keadaan koma.

Dalam pada itu, media sosial di Pakistan dibanjiri dengan hantaran orang ramai yang mengecam jenayah itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 Ogos 2020 @ 6:30 AM