SKlPPER giat menjalankan aktiviti pertukaran barangan untuk merealisasikan impian memiliki rumah. Gambar kanan, Kyle yang kini mempunyai rumah sendiri. FOTO Agensi
SKlPPER giat menjalankan aktiviti pertukaran barangan untuk merealisasikan impian memiliki rumah. Gambar kanan, Kyle yang kini mempunyai rumah sendiri. FOTO Agensi
Agensi

San Francisco: Mungkin ramai yang menganggap mustahil untuk memiliki rumah dengan harga klip rambut, tetapi itu yang cuba dilakukan seorang wanita di bandar ini.

The National melaporkan wanita bernama Demi Skipper itu giat menjalankan aktiviti pertukaran barangan dalam talian menerusi akaun TikTok miliknya @trademeproject.

Bermula dengan klip rambut, aktivitinya itu membuahkan hasil selepas memperoleh papan selaju elektrik bernilai AS$1,600 (kira-kira RM6,765).

Caranya adalah menukar barangan peribadi dengan item berharga lebih tinggi.

Bermula daripada barangan pertama iaitu klip rambut, langkah itu akan diulangi dengan menukar barangan yang diperoleh kepada barangan lain.

Ia sehingga menjadikan nilai barangan berikutnya berkali ganda daripada nilai barangan pertama iaitu klip rambut.

Syaratnya, barangan itu hendaklah ditukar dengan individu tidak dikenali.

"Memandangkan masih dalam tempoh kuarantin jadi saya rancang satu aktiviti untuk rakan di aplikasi TikTok iaitu menukar klip rambut hingga memiliki sebuah rumah.

"Anda mungkin fikir saya gila, tetapi ia benar-benar berlaku pada 2006 apabila seseorang menjual klip kertas sehingga mendapat rumah. Jadi, mari kita lakukan," kata Skipper dalam video sulungnya yang dimuat naik pada 19 Mei lalu.

Skipper merujuk kepada blogger Kanada, Kyle MacDonald yang melakukan pertukaran dalam talian dengan item pertama klip kertas sehingga memiliki sebuah rumah.

SKlPPER giat menjalankan aktiviti pertukaran demi merealisasikan impiannya memiliki rumah.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 4 Ogos 2020 @ 5:59 AM