SIJIL kematian tertuduh yang dipalsukan.
SIJIL kematian tertuduh yang dipalsukan.
Agensi

NEW YORK: Demi melepaskan diri daripada dipenjara atas kesalahan mencuri, seorang lelaki di Amerika Syarikat memalsukan kematiannya.

Tunang tertuduh menyampaikan sijil kematian lelaki berkenaan kepada peguam sebelum dikemukakan kepada mahkamah.

Bagaimanapun, rahsia lelaki itu terbongkar selepas mahkamah mendapati terdapat beberapa kesalahan pada sijil berkenaan.

Susulan kejadian, lelaki terbabit sekali lagi didakwa kerana cuba melakukan penipuan.

Menurut Peguam Daerah, Madeline Singas, pihaknya tidak percaya seseorang sanggup bertindak sedemikian hanya mengelak hukuman penjara.

HuffPost melaporkan, lelaki itu, Robert Berger, 25, sebelum ini dihukum penjara selepas mencuri.

Bagaimanapun, pada prosiding berikutnya, peguam memberitahu mahkamah anak guamnya itu sudah meninggal dunia.

Sijil itu menyatakan Berger mati kerana membunuh diri dan punca kematian disebabkan lemas.

Namun, siasatan mendapati ada keraguan pada sijil kematian lelaki itu iaitu kesalahan ejaan dan saiz huruf, manakala gaya tulisan juga tidak konsisten.

Ia menyebabkan rahsia tertuduh terbongkar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 29 Julai 2020 @ 6:01 AM