GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
AFP

BEIJING: Satu lagi kluster Covid-19 dikesn Dalian iaitu bandar pelabuhan di timur laut China.

Wabak itu didapati sudah merebak ke wilayah lain ketika Beijing berusaha untuk mencegah gelombang kedua jangkitan di negara itu.

Terbaru, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan kluster di Dalian merebak ke sembilan bandar lagi bandar di lima wilayah, termasuk Fujian.

Fujian mengesahkan pusat wilayahnya Fuzhou akan mengaktifkan 'mod perang' selepas menemui pesakit tanpa gejala yang melakukan perjalanan dari Dalian.

Langkah baru itu merangkumi peningkatan pemantauan pelancong yang memasuki bandar dari zon virus di seluruh negara.

Dalam pada itu, pihak berkuasa Dalian giat melakukan ujian saringan ke atas enam juta penduduknya.

Setakat ini, 1.68 juta sampel sudah diambil.

Semalam, China merekodkan 61 kes baharu Covid-19 sekali gus angka tertinggi sejak April.

Ia dikatakan disumbangkan oleh kluster di tiga wilayah.

Angka terbaharu itu berbanding 89 kes dengan sebahagian besarnya kes import yang direkodkan pada 14 April.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Julai 2020 @ 6:31 PM