BUDAK lelaki memakai topeng muka ketika demosntrasi membantah penindasan etnik Muslim Uighur, pada 2018. FOTO AFP
BUDAK lelaki memakai topeng muka ketika demosntrasi membantah penindasan etnik Muslim Uighur, pada 2018. FOTO AFP
AFP

Washington: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump lebih berlembut tanpa mengenakan sekatan terhadap pegawai China yang dikesan menahan secara besar-besaran etnik Muslim Uighur.

Berdasarkan satu temu bual yang diterbitkan menerusi laman berita Axios, langkah itu berikutan AS khuatir akan menjejaskan rundingan perdagangan antara kedua pihak.

"Kini kami berada pada pertengahan rundingan perdagangan utama. Saya berunding urus niaga bernilai AS$25 bilion," katanya

Beliau berkata demikian kepada Axios pada Jumaat ketika ditanya mengapa tiada tindakan keras dilaksanakan atas penindasan etnik minoriti di wilayah Xinjiang.

Menurut Trump, pihaknya sudah mengenakan tarif lebih tinggi kepada China yang lebih teruk berbanding sekatan.

Pentadbiran Trump dikritik hebat kerana mengamalkan tindakan terpilih dalam isu hak asasi.

Ia meskipun presiden pada minggu lalu menandatangani undang-undang untuk membenarkan sekatan terhadap pegawai terbabit dengan penahanan etnik Muslim Uighur.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 Jun 2020 @ 5:56 PM