PASANGAN kekasih berbual ketika matahari terbenam di hadapan Druzhba Narodov, Rusia. FOTO AFP
PASANGAN kekasih berbual ketika matahari terbenam di hadapan Druzhba Narodov, Rusia. FOTO AFP
AFP

Moscow: Presiden Vladimir Putin semalam mendakwa, Rusia berjaya menangani pandemik Covid-19 lebih baik berbanding Amerika Syarikat (AS).

Putin dalam temubual di televisyen berkata, Rusia berjaya melepasi pandemik Covid-19 dengan jumlah kematian yang rendah, berbanding AS.

Rusia pada Ahad mengesahkan 8,835 jangkitan baharu, menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 528,964, iaitu ketiga tertinggi di dunia.

Perintah berkurung sudah ditarik secara berperingkat di Rusia, dan perniagaan bukan keperluan penting serta salun rambut mula beroperasi semula di Moscow.

Manakala, AS setakat ini mencatatkan bilangan kes Covid-19 tertinggi dunia iaitu 2.07 juta.

Menurut Putin, Covid-19 mendedahkan kepada dunia bahawa AS sebenarnya berhadapan krisis dalaman yang sangat serius.

Katanya, negara itu kurang daya kepemimpinan khususnya dalam menangani situasi berkaitan virus, dengan percanggahan pendapat saling berlaku antara pemimpin utama negara dan barisan gabenornya.

"Saya fikir masalah sebenar ialah kepentingan berkumpulan dan parti diletak lebih tinggi, berbanding kepentingan rakyat dan keseluruhan komuniti," katanya.

Putin berkata, senario berkenaan tidak berlaku di Rusia kerana kerajaan dan pemimpin di peringkat wilayah dan daerah bekerjasama rapat sebagai satu pasukan.

"Contohnya, apabila wilayah Dagestan di bahagian utara Caucasus terjejas akibat Covid-19, seluruh negara ini berusaha membantunya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Jun 2020 @ 10:59 AM