SEKATAN jalan raya sekitar Jakarta. FOTO AFP
SEKATAN jalan raya sekitar Jakarta. FOTO AFP
Agensi

Jakarta/Singapura: Angka jangkitan di Indonesia terus meningkat kepada 24,538 kes dengan pertambahan 687 kes baharu hari ini, lapor portal Liputan6.

Jurucakap pemerintah pengurusan Covid-19, Achmad Yurianto berkata, wabak itu juga kini meragut 1,496 nyawa dengan pertambahan 23 orang maut hari ini.

Sementara itu, memetik Berita Harian Singapura, Kementerian Kesihatan (MOH) mengesahkan penambahan 373 kes baharu dalam tempoh 24 jam.

Sebahagian besar mereka yang dijangkiti berstatus pemegang Permit Kerja yang menginap di asrama dan tiada kes membabitkan rakyat Singapura mahupun penduduk tetap.

Data terbaharu harian itu menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di republik itu mencecah kepada 33,249 kes dan 32 kematian.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Mei 2020 @ 6:07 PM