PENDUDUK memakai pelitup muka ketika beriadah di sepanjang persiaran awam di Marina Bay, Singapura. FOTO AFP
PENDUDUK memakai pelitup muka ketika beriadah di sepanjang persiaran awam di Marina Bay, Singapura. FOTO AFP
Agensi

SINGAPURA: Angka jangkitan Covid-19 di Singapura hari ini terus melonjak kepada 23,336 kes.

Channel News Asia melaporkan, republik itu merekodkan pertambahan 876 kes baharu yang dilaporkan sehingga tengah hari ini.

Kementerian Kesihatan (MOH) berkata, daripada jumlah itu, tiga kes membabitkan warga republik itu atau penduduk tetap.

Manakala, sebahagian besar kes dilaporkan daripada pemegang permit kerja yang menghuni asrama pekerja asing.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 10 Mei 2020 @ 5:17 PM