POLIS di Dakar, Senegal memakai penutup mulut hidung dan mulut ketika bertugas. FOTO AFP
POLIS di Dakar, Senegal memakai penutup mulut hidung dan mulut ketika bertugas. FOTO AFP
Agensi

Geneva : Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) , semalam memberi amaran pandemik Covid-19 kemungkinan akan bertambah buruk.

Ia susulan tindakan beberapa negara yang mula melonggarkan sekatan dan kawalan pergerakan.

Pengarah WHO Tedros Adhanom Ghebreyesus sebelum ini percaya penularan wabak itu pada masa akan datang dijangka di Afrika berikutan sistem kesihatan di kebanyakan negara di benua itu yang kurang membangun.

“Percayalah, bahaya itu masih di hadapan kita.

"Mari mencegah tragedi itu. Masih ramai tidak memahami virus ini," katanya seperti yang dilaporkan MSNBC.

Ketika ini, Covid-19 sudah menyebabkan kematian lebih 170,000 orang di seluruh dunia.

Virus itu juga sudah menular ke 185 negara dan wilayah.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 April 2020 @ 12:14 PM