PEKERJA bersiap sedia untuk melakukan operasi nyah kuman di Banda Aceh, semalam.
PEKERJA bersiap sedia untuk melakukan operasi nyah kuman di Banda Aceh, semalam.
Agensi

SERAMAI 46 kakitangan kesihatan di Hospital Awam Dr Kariadi (RSUP) di Semarang, Jawa Tengah positif virus Covid-19 selepas mempunyai kontak dengan pesakit yang menyembunyikan sejarah perjalanan ke daerah wabak.

The Jakarta Post melaporkan, pihak berkuasa mengesahkan petugas kesihatan terbabit kini dikuarantin di Hotel Kesambi Hijau, yang menjadi pusat kuarantin untuk pesakit wabak itu.

Gabenor Jawa Tengah, Ganjar Pranowo berkata, sesetengah pesakit yang dirujuk ke hospital itu enggan mendedahkan sejarah perjalanan di zon merah kepada kakitangan perubatan hingga menyebabkan mereka dijangkiti virus itu.

“Apa yang terjadi di RSUP adalah perkara sukar dipercayai, tetapi ia menjadi satu pengajaran kepada doktor, jururawat dan kakitangan kesihatan lain untuk lebih berhati-hati.

“Sekali lagi, saya ingatkan kepada pesakit supaya jujur memberi maklumat keadaan mereka,” katanya.

Katanya, semua kakitangan perubatan berada dalam keadaan sihat.

Ganjar juga menghubungi pengurusan hospital itu dalam usaha untuk menilai prosedur sedia ada bagi mengelak insiden sama berulang.

“Kami juga akan membekalkan peralatan perubatan lain,” katanya.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 April 2020 @ 6:00 AM