GAMBAR fail menunjukkan kakitangan perubatan di Wuhan, Hubei. FOTO AFP
GAMBAR fail menunjukkan kakitangan perubatan di Wuhan, Hubei. FOTO AFP
BERNAMA

SHANGHAI: Tiada peningkatan kes jangkitan Covid-19 domestik mahupun import dilaporkan di Shanghai pada Jumaat, kata suruhanjaya kesihatan perbandaran,

Agensi berita Xinhua melaporkan suruhanjaya itu pada Sabtu berkata, setakat ini, sebanyak 289 kes import dilaporkan di Shanghai.

Daripada jumlah itu, 33 kes disyaki import kini sedang menjalani kuarantin, manakala 181 pesakit sudah discaj.

Jumlah kes tempatan pula sebanyak 339, termasuk tujuh kematian dengan seorang pesakit berada dalam keadaan kritikal.

  • Lagi berita berkaitan Covid-19
  • Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 April 2020 @ 11:44 AM